? ??????????????Wolf? ????? ?? ???Rating: 4.5 (346 Ratings)??22 Grabs Today. 28545 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????Gir? ????? ?? ???Rating: 4.9 (34 Ratings)??17 Grabs Today. 6621 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Crazy Monke BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday 19 October 2009

WANITA CANTIK YG SUKA MENANGIS

SEORANG ANAK LELAKI BERTANYA PADA IBUNYA, "MENGAPAKAH IBU MENANGIS?"

"KERANA IBU SEORANG WANITA" JWB SI IBU KEPADANYA.

"AKU TIDAK MENGERTI" KATA ANAK LELAKI ITU.

IBUNYA HANYA MEMELUK DAN BERKATA,"DAN KAU TIDAK AKAN PERNAH MENGERTI"

KEMUDIAN ANAK LELAKI ITU BERTANYA KEPADA AYAHNYA, "MENGAPA IBU MENANGIS TANPA ALASAN?"

"SEMUA WANITA MENANGIS TANPA ALASAN", HANYA ITU YANG MAMPU DIKATAKAN AYAHNYA.

KEMUDIAN ANAK LELAKI ITU PUN MEMBESAR MENJANGKAU DEWASA DAN MATANG TATAPI TETAP INGIN TAHU MENGAPA WANITA MENANGIS.

AKHIRNYA DIA MERTANYAKAN PADA TUHAN, "TUHAN, MENGAPA WANITA BEGITU MUDAH MENANGIS?"

ALLAH S.W.T BERFIRMAN:-

"KETIKA AKU MENCIPTA WANITA,IA DIHARUSKAN MENJADI SEORANG YANG ISTIMEWA. AKU MEMBUAT BAHUNYA CUKUP KUAT UNTUK MENOPANG DUNIA, HARUS CUKUP LEMBUT UNTUK MEMBERIKAN KENYAMANAN."

"AKU MEMBERIKANNYA KEKUATAN DARI DALAM UNTUK MAMPU MELAHIRKAN ANAK DAN MENERIMA PENOLAKAN YANG SERING KALI DATANG DARI ANAK-ANAKNYA."

"AKU MEMBERIKANNYA KEKERASAN UNTUK MEMBUATNYA TETAP TEGAR KETIKA ORANG LAIN MENYERAH, DAN MENGASUH KELUARGANYA DENGAN PENDERITAAN DAN KELELAHAN TANPA MENGELUH."

"AKU BERIKANNYA KEPEKAAN UNTUK MENCINTAI ANAK-ANAKNYA DALAM SETIAP KEADAAN, BAHKAN KETIKA ANAKNYA BERSIKAP SANGAT MENYAKITKAN HATI."

"AKU MEMBERIKAN KEKUATAN AGAR DAPAT IA MENDUKUNG SUAMINYA DALAM KEGAGALANNYA, DAN MELENGKAPI DENGAN TULANG RUSUK SUAMINYA UNTUK MELINDUNGI HATINYA."

"AKU MEMBERIKANNYA KEBIJAKSANAAN UNTUK MENGETAHUI BAHAWA SUAMI YANG BAIK TAKKAN PERNAH MENYAKITI ISTERINYA, TETAPI KADANG-KADANG MENGUJI KEKUATAN DAN KETETAPAN HATINYA UNTUK BERADA DISISI SUAMUNYA TANPA RASA RAGU."

"DAN AKHIRNYA, AKU BERIKANNYA AIR MATA UNTUK DITITISKAN. INI ADALAH KHUSUS MILIKNYA UNTUK DIGUNAKAN BILAPUN IA PERLU."

"KAU TAHU:

KECANTIKAN SEORANG WANITA BUKANLAH DATANG DARI PAKAIAN YANG DIKENAKANNYA, SUSUK TUBUH YANG IA TAMPILKAN, ATAUPUN BAGAIMANA IA MENYISIRKAN RAMBUTNYA,"

"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA, KERNA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA....."

SEJAK DARI ITU ANAK LELAKI INI TERUS MENGERTI MENGAPA WANITA MENANGIS..... DAN PADANYA "WANITA ADALAH ANUGERAH TERINDAH......."
HARI INI, ANAK LELAKI ITU SEMAKIN DEWASA.... DAN WANITA SALAH SATU ASPIRASI KEJAYAANNYA....

Monday 28 September 2009

KESERABUTAN YANG MAHA AGUNG

dalam dunia yg serba membangun ni, manusia xdapat lari dari masalah dan keserabutan......
aku yg juga bergelar manusia juga dalam keserabutan....
masuk ari nie, tinggal lg sbln je lagi nk final xzam......
so byk yg tak setle lg, dgn assgmnt, presentation, test, camping, xtvt praktikal, mcm2 adaaa.....
ditambah lg la plak dgn xadenye pulus, lg2 la serabut kepala otak nie....
lg kusut dgn assessment third language yg aku amik, bahasa arab......
nk kene wat persembahan, pastu lakonan, presentation biase la, dkt2 nie dah tentu ade test....
tapi bak kate pepatah, alah bisa tegar biasa....
harap2 aku dapat selesai kn masalah nie dgn tabah, cekal dan bersemangat.....
aku disini perlukan sokongan insan ter syg dan juga kwn2.....
harap2 aku dapat hadapi suma nie dgn senyuman....

Tuesday 1 September 2009

MASIH DIJAJAHKAH KITA

MEMETIK SAJAK YANG DISAMPAIKAN IDOL KU,

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

menyelam jangan teguk air


bulan ramadhan dah seminggu......
dalam menahan lapar dan dahaga serta perbuatan yang dapat membatalkan puasa,
tetibe jer teringat mase kecik2 dolu......
mase tu aku darjah 2, mula2 aku blaja pose......
pagi muke ceria jer, pasal bangga dalam kelas aku tu, aku jer yang pose.....
masuk tengah ari, muke dah mcm ayam berak kapur, resah gelisah, tapi control macho, ego tinggi...
kecik2 dah ego tinggi.... kwn2 berlari, aku pun berlari, diorang berkejaran aku pun berkejaran, diorang guling atas pasir, aku pun berguling atas pasir, tapi balik nanti menjawab la dgn mak cik ta (mak aku la tu)......
balik jer terus masuk blik air, cakap kat mak bonda nk mandi, ade la dkt sejam mandi..... kuar jer dah kembung perut..... peh.... rase lega giler......
mak pn tanye, lamenye kamu mandi, berendam ker.....
senyuman jer yg terukir.....
hahaha.... ptg nie bley men bola kat pdg, tenaga pn dah recover, rase mcm dpt suppliment power bar....
tapi balik umah jer aku dpt soalan cepu mas dari mak, kamu xpose ker?
aku pn jwb n pertahan kan benang yg basah dgn jwb, pose la, penat nie.....
pas tu mak aku bwk kuar brg2 bukti yg aku tercicir dlm bilik air......
nie senarai brg buktinye.....
1. 3 plastik choki2
2. 1 bungkus kopok mammy
3. 3 sarung ais krim pop
alamak tertinggal la plak......
kantoi la plak........
tapi tu mase kecik tau, sekarang dah ok dah.......
pose penuh start darjah 4......
tu la yang dapataku kongsi....
salam.....

Wednesday 26 August 2009

Kejayaan Yang TiadaTandingan







KAMBING...... POWER......
KAMBING...... POWER......
KAMBING...... POWER......

TERNYATA KUMPULAN INI TELAH MENAFIKAN HAKIKAT BAHAWA KAMBING TAKUT PADA AIR.......
KAMBING DAH TAK TAKUT AIR LA WEI........
KEJAYAAN YANG SEMEMANGNYA DATANG DARI SEMANGAT YANG KENTAL, TIDAK PUTUS ASA, KERJASAMA SEPASUKAN, BERFIKIRAN TERBUKA, BERDAYA SAING DAN JUANG YANG TINGGI DITAMBAH DENGAN BANTUAN FASILITATOR YANG BERKARLIBER DAN BERKAT DOA DAN KAWAN2 YANG MENGAMINKAN NYE.....

THANKS KWN2, GURU2, FASI2LITATOR, ALAM, DAN BARAKAH DARI ALLAH SWT......

bermula dengan melapor diri pada EN ALI, selaki pensyarah bertugas pada hari itu.....
terus menuju ke kapas island resort. dengan tugasan membersihkan kawasan kubur dan halaman resort........ then, bergerak ke jeti kapas membawa bersama amanah yang kami terima iaitu, EN HAFIZ...... dari jeti teris menuju ke puncak tertinggi pulau kapas.......
perjalanan mengambil masa kira2 2 jam untuk sampai.... dari puncak, kami di beri bearing 180'.....
meredah bukit, tali air, cerun bukit, dan lembah untuk tiba di kawasan yang terlah ditetapkan.... bergerak semula menuju ke teluk berakit dengan keadaan yang agak penat dan bergegaq pala lutut.... kumpulan kami agak ketinggalan pada mulanya dan merupakan kumpulan terakhir sampai di teluk berakit.....
setibanya disana kami dibekalkan dengan biskut dan beberapa botol air mineral.... alhamdulillah, rezki ALLAH dan berlakunya pertukaran amanah iaitu pertukaran EN HAFIZ dengan EN RAZIF...... kami terus bergerak terus menuju ke resort makcik gemuk dan di tugaskan mengemas 4 bilik dan halaman resort, sekali lagi rezki ALLAH tiba tanpa diduga, empunya resort menyediakan kami air manis untuk kami dan beliau berpuas hati dengan tugasan yang kami laksanakan......
seterusnya kami di arahkan bergambar dengan rumah api, dan terus ke tugasan terakhir iaitu kembali ke jeti pulau kapas untuk tugasan yang paling mencabar......
sebagai wakil, kumpulan kami mewakilkan dilla, zaheer, ajoi, fikri, ulya, dan mirul untuk tugasan terakhir..... disini kami dapat memintas satu kumpulan dan juga ditinggalkan satu kumpulan.......
setibanya ditapak berkumpul di harmoni camp site, kumpulan pertama sampai kekurangan barang amanah yang telah diamanahkan...... maka tiba kumpulan kami dihitung satu persatu....
tanpa ada yang tak ada, kami diisytiharkan sebagai JOHAN oleh EN YASIR...... dan pada mulanya saya sendiri tidak percaya kami menang, tapi rezki ALLAH akan berterusan selagi usaha, doa dan tawakal bersama dengan kami...... tak abis disitu, kami terus melapor pada EN ALI dengan memberitahu tiada barangan yang tiada, kecederaan dan cukup ahli kumpulan.....
kami tak lupa untuk mengemas dan menyimpan semula barangan yang telah digunakan.....

so saper menang????
TENTULAH KAMBING POWER.........
BBBEEEKKK........ BBBEEEKKKK........ BBBEEEKKKK.......

*P/S = THANKS KEPADA BRO APIS (EN. HAFIZ ) & BOY ( EN. RAZIF ) YANG BANYAK MEMBANTU KAMI DAN AHLI KUMPULAN YANG BANYAK BAGI SEMANGAT KAT PEN.......... KORANG MEMANG BEST LAH.....

Monday 24 August 2009

pengalaman jadi panduan.......

kapas,
hari nie nama mu jadi sebutan......
lecture aku bertanye, ''best ke Pulau Kapas?''
kami sekelas pun jawab, "bbbeeessssttttt......"
bagi aku memang best......
best sangat......

ari nie kulit aku dah mengelupas, org kate dah nk salin kulit la kate kan.......
maka hilang lah tanda2 dari pulau kapas.......
parut kat betis pn dah mula baik, belang di paha kesan pancaran matahari pn dah beransur hilang.....
tapi ada satu yang yang tak dapat hilang kat aku.....
dan aku pun xnk ia hilang, dan aku juga akan pastikan ia xkan pernah ilang......
ia akan tetap ada dalam blog hati aku,
memori, pengalaman, pasti segar di hati nie.....

yang mana aku belajar,
belajar dari alam, belajar dari guru, belajar dari pembimbing, juga belajar dari kawan2.....
aku belajar dari mereka, dari kecekalan mereka, kesabaran mereka, dan juga kegigihan mereka....

aku nk cerita pasal kawan aku......
die salah sorang dari adik2 aku la....
bley aku kate geng aku mase kat arau...
tapi die yang dulu dgn die yang sekarang dah byk berbeza......
jika dulu asal melangkah je mendaki bukit, baru 5 langkah kepa dah mula pening,
masuk je langkah kesepuluh badan dah mula berpeluh,
belum sempat langkah ke 15 lutut dah mula gegar, nk sampai ke langkah ke 20, pitam menanti dihadapan...... kene la usung bawak turun.....
sebabnye tak breakfast la, bdn tak cukup rest la, nampak itu la, nampak ini la,
tapi hari nie, die dah lain.....
power dah mcm BEN 10......
sambil mendaki mampu bergurau, berlari, bergelak, ketawa, mcm2 ber lagi la.....
bak kate org mcm aku, dah fit lah.....
bangga aku ngan die, kadang2 malu plak aku ngan die.....
die yang bagi semangat kat aku utk terus bertenaga walaupn kadang2 tu dah nyawa2 ikan and nk tercabut lutut kiri aku nie......
thanks dik, coz bagi abg semangat......
lu memang best lah......
dan yang lagi penting, team kiteorang JUARA beb......
KAMBING POWER LAH.......

kapas oh kapas......

kapas oh kapas......
terasa baru semalam aku di dada mu.....
memerah keringat yang xpernh aku duga sama sekali......
bermandi peluh mengejar pengalaman yang tak bisa aku perolehi di tempat lain....
berbasah air masin, yang tak semasin lautan lain.....

kapas oh kapas......
terasa baru semalam kita bersama......
duri dan selumbar telah kusematkan di tapak2 tangan ku......
parut dan luka telah ku abadikan pada tubuhku.....
yang satu hari nanti akan ku berkata pada kawan2 ku, "nie la pengangan PULAU KAPAS"
aku bangga, aku masih mampu mengharungi laut yang serba biru.......
meninjau dasar mu yang indah walau hanya di permukaan air mu.....
aku kagum, aku teruja, aku kaget......
terlalu besar ciptaan Yang Maha Berkuasa.....

kapas oh kapas.......
aku berdoa pada Illahi, bahawa kita kan tertemu kembali......
menguatkan cinta ku pada Illahi....
kapas, kau lah penghubungnya......
pastikah kita bersua lagi.....
Insyallah, jika ada rezki, pasti aku bertandang lagi......
salam kembara penabiru..............

Wednesday 22 July 2009

L3GA RAS3NY3...........

LEGA RASENYE........
LEGA RASENYE BILA AZAB AMBO N THE GENG DAH LEPAS PTG TD (KIRA2 DLM KUL 4.30 PTG TD)
ALMAKLUM LAH, PRESENTATION YG FIRST (IN BAHASA PERTAMA), GUGUP PUN ADA, SEJUK PUN ADA, KELU PUN ADA.......
TAPI YANG HAMBA PELIK, AMBO N THE GENG YANG PRESENT KAT KHALAYAK RAMAI (BDK2 KELAS AMBO JER....), ORG LAIN PLAK YANG GABRA N SEJUK ABIH TANGAN......
NIE YG BUAT AMBO MUSYKIL NIE......
TAPI XPELAH, THANKS UTK KWN2 AMBO YG BAGI COMMITMENT MASE AMBO N THE GENG PRESENT PTG TD.......
THANKS JUGAK UTK PENSYARAH AMBO YG BYK BG TUNJUK AJAR...... BAK KATE 'KAWANG' AMBO (ORG GANU, NAME DIE SAWANG) HARIGATOHOZAIMAS (JEPUN SIOT)......
TIME KASIH JUGE PADE GENG2 AMBO, YG BYK BANTU AMBO, HARAP2 KITE DPT MARKAH YG BERNAS....... (BENG AMBO : LAN, EHSAN N DILLA) TQ SGT2.......
KEPADA KWN2 YG BELUM PRESENT N ADA KEKELIRUAN, RAJIN2 LAH JUMPE MADAM ROZITA, DIE SEMPOI N BYK MEMBANTU.......(BKN BODEK EK........)

YG LAGI BEST, BALIK JER KELAS AMBO G DATING.........
BAHAGIANYE RASE, NASIK AYAM YG XSEDAP PN RASE SEDAP..... HUHUHUHU......
LEPAS STRESS LA KATE KN...... (XLEH CITE LEBIH2, BAHAYE.........)
OKLAH, XTAU NK TAIP APE DAH NIE.......
WASSALAM.........('',)

Tuesday 21 July 2009

ANAK MAK DAH PANDAI....

ASSALAMUALAIKUM...........
NI CITE DARI AKU UNTUK MUKADIMAH BLOG NIE.....
ARI NI TERLANCAR LAH BLOG AKU YANG PERTAMA...
HUHUHU..... ANAK MAK DAH PANDAI WAT BLOG.....
SEPANJANG UMUR AKU YG DAH DEKAT SUKU ABAD NIE (KIRA2 DALAM 24 TAHUN NIE LA EK...) BARU PANDAI WAT BLOG.... HUHUHU.... ANAK MAK DAH PANDAI...
WALAUPN DAH BERKURUN ORG2 LAIN WAT BLOG, AKU BRU JER ARI NIE, AKU XSEGAN....... WAT PE NK SEGAN KWN2 AKU PN SAME.... KIKIKI....(JGN MARAH KWN2)...
DAN INI ILMU YG AKU DPT DARI KWN2 AKU JUGAK NGAN LECT AKU.......
WALAUPN DLM KELAS NIE ADE BAU KAKI YG CUKUP MENGAUM...(CAM TEAM LION UiTM PLAK), AKU TETAP SABAR, KERNA BLOG NIE.....
SEMOGA KEHADIRAN BLOG AKU DLM INDUSTRY NIE AKAN MENCETUSKN SATU TRANSFORMASI YG BARU DALAM IDUP AKU........ (SEMANGAT SIOT)
OK LAH CAU DLU NT AKU UPDATE LAGI........
WASSALAM