? ??????????????Wolf? ????? ?? ???Rating: 4.5 (346 Ratings)??22 Grabs Today. 28545 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????Gir? ????? ?? ???Rating: 4.9 (34 Ratings)??17 Grabs Today. 6621 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Crazy Monke BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday 26 July 2010

BILA ADA RASA SAYANG

Bila kita syg org tu,
Kita tnggu dia lame pn x per,
Tp bila dia tnggu kita???dia mrh2...
Hati kata ala,,adatlah ada yang mnunggu & d’tnggu...

Bila kita syg org tu,
Kita x tdo pn xpe lyn dia yg tgh bosan,
Tp bila kita bosan,ada dia lyn kita???
Hati kata,xpe dia bz kott!!!

Bila kita syg org tu,
Kita gaduh dgn dia,kita diam je...
Tp dia heboh 1 dunia...
Hati kata xpe,dia tension tu...

Bila kita syg org tue...
Kita call nak ckp dgn dia...
Tp dia bg phone kat org lain atau matikan...
Bila jd cmtu, xpe...
Hati kata,xpe..lyn je,kwn dia,kwn kita jgk...

Bila kita syg org tu...
Kita b’cerita dgn dia,cita dgn tunggul lg baik...

Tp bila dia bercerita dgn kita???
Kita dgr, setiap perkataan kite ingat...
klu x ingat kita yang kena marah
Hati kata xpe syg katakn…

Bila kita syg org tu,
Kita & dia lapar...
Tp kita bg sume roti kita kat dia...
Hati kata,ala jagalah hati dia,sian dia…

Bila kita syg org tu,
Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih,dia suruh jgk kita lyn dia bila dia bosan...
Adil ker???hati kata,ala bukan selalu pun...

Bila kita syg org tu,
Kita jadi mcm org gila dgr dia sakit,
Tp bila kita sakit,
Dia siap kuar dgn kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata,ala xpe,xkn dia nak berkepit dgn kita 24 jam...


Bila kita syg org tu,
Kita x pnah pntingkan diri sndri,
Tp dia hpokrit tahap dewa..
Hati kata xpe,dia mmg cm2 kene lah trima...

Bila kita syg org tu,
Kita syg nk tnggalkn dia slama2nya,
Tp dia x tahu kiter b’dpn dgn maut,
Wlpn kita sakit,dia kata kat kita,sakit biase2 je,jgn nk mengarut...
Hati kata,mcmnalah dia bila kita xde,msti dia hepi...

Bila kita syg org tu,
Kita x snggup tngok dia derita,
Tp dia x pnah hargai diri kita,
Hati kata, tahu x btapa kita sygkan dia????

Bila kita syg org tu,
Kita snggup tnggalkan dia selama2nya utk dia bhgia...
Tp adakah dia tahu pngorbanan kita??
Hati kata,xpe,janji dia bhgia...

Dan...
Bila kita dh tnggalkn dia selama2nya...
Dia dtg ziarah pusara kita...
Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mngata kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tnggu dia...
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bosan...
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia salah kita...
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn call kita...
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan hati kita...
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sbb dia...
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rest kita...
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan sakit kita...
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri...
Dia mintak maaf sebab x pernah tngk p’deritaan kita...

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....

HARGAILAH ORNG¬2 YG SAYANG KITA...

Monday 8 February 2010

JARI YANG BERSALAH....

Jari........

kau yang bersalah.....

menunding tanpa usul periksa....

menunjuk tanpa rase bersalah....

kau buat aku serba salah....



jari........

kau yang bersalah.....

satu untuk mu 4 untuk ku.....

salahkah aku??????

kau yang salah.....

kau salah kerana menyalahkan aku.....



kenapa kesalahan mereka yang kau nampak,

kenapa kesilapan mereka yang kau tenung,

kenapa kelemahan mereka yang kau cari......

siapa kau mengadili mereka, siapa kau menghakimi semuanya.....

bagus kah kau? sempurnakah kau? hebatkah kau?



tiada yang sempurna melainkan DIA YANG MAHA KAYA......

tiada yang hebat melainkan DIA YANG MAHA BERKUASA......

tiada yang bagus sebagus MAHA PENCIPTA......



kita masih tidak layak mengadili apatah lagi menghakimi....

kerna kita hanya punya jari yang mampu menyalahi.....

adili dan hakimi lah pekerti diri sblm jari menunding ke arah empunya diri......



dan disuatu hari nanti, jari tidak lagi menunding sesuka hati,

kerna disaat ini ia mengerti makna jati diri.......

kerna hadir nya jari kali ini bersama otak yang berisi.....

kerna si jari dah sedar diri.....

Monday 19 October 2009

WANITA CANTIK YG SUKA MENANGIS

SEORANG ANAK LELAKI BERTANYA PADA IBUNYA, "MENGAPAKAH IBU MENANGIS?"

"KERANA IBU SEORANG WANITA" JWB SI IBU KEPADANYA.

"AKU TIDAK MENGERTI" KATA ANAK LELAKI ITU.

IBUNYA HANYA MEMELUK DAN BERKATA,"DAN KAU TIDAK AKAN PERNAH MENGERTI"

KEMUDIAN ANAK LELAKI ITU BERTANYA KEPADA AYAHNYA, "MENGAPA IBU MENANGIS TANPA ALASAN?"

"SEMUA WANITA MENANGIS TANPA ALASAN", HANYA ITU YANG MAMPU DIKATAKAN AYAHNYA.

KEMUDIAN ANAK LELAKI ITU PUN MEMBESAR MENJANGKAU DEWASA DAN MATANG TATAPI TETAP INGIN TAHU MENGAPA WANITA MENANGIS.

AKHIRNYA DIA MERTANYAKAN PADA TUHAN, "TUHAN, MENGAPA WANITA BEGITU MUDAH MENANGIS?"

ALLAH S.W.T BERFIRMAN:-

"KETIKA AKU MENCIPTA WANITA,IA DIHARUSKAN MENJADI SEORANG YANG ISTIMEWA. AKU MEMBUAT BAHUNYA CUKUP KUAT UNTUK MENOPANG DUNIA, HARUS CUKUP LEMBUT UNTUK MEMBERIKAN KENYAMANAN."

"AKU MEMBERIKANNYA KEKUATAN DARI DALAM UNTUK MAMPU MELAHIRKAN ANAK DAN MENERIMA PENOLAKAN YANG SERING KALI DATANG DARI ANAK-ANAKNYA."

"AKU MEMBERIKANNYA KEKERASAN UNTUK MEMBUATNYA TETAP TEGAR KETIKA ORANG LAIN MENYERAH, DAN MENGASUH KELUARGANYA DENGAN PENDERITAAN DAN KELELAHAN TANPA MENGELUH."

"AKU BERIKANNYA KEPEKAAN UNTUK MENCINTAI ANAK-ANAKNYA DALAM SETIAP KEADAAN, BAHKAN KETIKA ANAKNYA BERSIKAP SANGAT MENYAKITKAN HATI."

"AKU MEMBERIKAN KEKUATAN AGAR DAPAT IA MENDUKUNG SUAMINYA DALAM KEGAGALANNYA, DAN MELENGKAPI DENGAN TULANG RUSUK SUAMINYA UNTUK MELINDUNGI HATINYA."

"AKU MEMBERIKANNYA KEBIJAKSANAAN UNTUK MENGETAHUI BAHAWA SUAMI YANG BAIK TAKKAN PERNAH MENYAKITI ISTERINYA, TETAPI KADANG-KADANG MENGUJI KEKUATAN DAN KETETAPAN HATINYA UNTUK BERADA DISISI SUAMUNYA TANPA RASA RAGU."

"DAN AKHIRNYA, AKU BERIKANNYA AIR MATA UNTUK DITITISKAN. INI ADALAH KHUSUS MILIKNYA UNTUK DIGUNAKAN BILAPUN IA PERLU."

"KAU TAHU:

KECANTIKAN SEORANG WANITA BUKANLAH DATANG DARI PAKAIAN YANG DIKENAKANNYA, SUSUK TUBUH YANG IA TAMPILKAN, ATAUPUN BAGAIMANA IA MENYISIRKAN RAMBUTNYA,"

"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA, KERNA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA....."

SEJAK DARI ITU ANAK LELAKI INI TERUS MENGERTI MENGAPA WANITA MENANGIS..... DAN PADANYA "WANITA ADALAH ANUGERAH TERINDAH......."
HARI INI, ANAK LELAKI ITU SEMAKIN DEWASA.... DAN WANITA SALAH SATU ASPIRASI KEJAYAANNYA....

Monday 28 September 2009

KESERABUTAN YANG MAHA AGUNG

dalam dunia yg serba membangun ni, manusia xdapat lari dari masalah dan keserabutan......
aku yg juga bergelar manusia juga dalam keserabutan....
masuk ari nie, tinggal lg sbln je lagi nk final xzam......
so byk yg tak setle lg, dgn assgmnt, presentation, test, camping, xtvt praktikal, mcm2 adaaa.....
ditambah lg la plak dgn xadenye pulus, lg2 la serabut kepala otak nie....
lg kusut dgn assessment third language yg aku amik, bahasa arab......
nk kene wat persembahan, pastu lakonan, presentation biase la, dkt2 nie dah tentu ade test....
tapi bak kate pepatah, alah bisa tegar biasa....
harap2 aku dapat selesai kn masalah nie dgn tabah, cekal dan bersemangat.....
aku disini perlukan sokongan insan ter syg dan juga kwn2.....
harap2 aku dapat hadapi suma nie dgn senyuman....

Tuesday 1 September 2009

MASIH DIJAJAHKAH KITA

MEMETIK SAJAK YANG DISAMPAIKAN IDOL KU,

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

menyelam jangan teguk air


bulan ramadhan dah seminggu......
dalam menahan lapar dan dahaga serta perbuatan yang dapat membatalkan puasa,
tetibe jer teringat mase kecik2 dolu......
mase tu aku darjah 2, mula2 aku blaja pose......
pagi muke ceria jer, pasal bangga dalam kelas aku tu, aku jer yang pose.....
masuk tengah ari, muke dah mcm ayam berak kapur, resah gelisah, tapi control macho, ego tinggi...
kecik2 dah ego tinggi.... kwn2 berlari, aku pun berlari, diorang berkejaran aku pun berkejaran, diorang guling atas pasir, aku pun berguling atas pasir, tapi balik nanti menjawab la dgn mak cik ta (mak aku la tu)......
balik jer terus masuk blik air, cakap kat mak bonda nk mandi, ade la dkt sejam mandi..... kuar jer dah kembung perut..... peh.... rase lega giler......
mak pn tanye, lamenye kamu mandi, berendam ker.....
senyuman jer yg terukir.....
hahaha.... ptg nie bley men bola kat pdg, tenaga pn dah recover, rase mcm dpt suppliment power bar....
tapi balik umah jer aku dpt soalan cepu mas dari mak, kamu xpose ker?
aku pn jwb n pertahan kan benang yg basah dgn jwb, pose la, penat nie.....
pas tu mak aku bwk kuar brg2 bukti yg aku tercicir dlm bilik air......
nie senarai brg buktinye.....
1. 3 plastik choki2
2. 1 bungkus kopok mammy
3. 3 sarung ais krim pop
alamak tertinggal la plak......
kantoi la plak........
tapi tu mase kecik tau, sekarang dah ok dah.......
pose penuh start darjah 4......
tu la yang dapataku kongsi....
salam.....

Wednesday 26 August 2009

Kejayaan Yang TiadaTandingan







KAMBING...... POWER......
KAMBING...... POWER......
KAMBING...... POWER......

TERNYATA KUMPULAN INI TELAH MENAFIKAN HAKIKAT BAHAWA KAMBING TAKUT PADA AIR.......
KAMBING DAH TAK TAKUT AIR LA WEI........
KEJAYAAN YANG SEMEMANGNYA DATANG DARI SEMANGAT YANG KENTAL, TIDAK PUTUS ASA, KERJASAMA SEPASUKAN, BERFIKIRAN TERBUKA, BERDAYA SAING DAN JUANG YANG TINGGI DITAMBAH DENGAN BANTUAN FASILITATOR YANG BERKARLIBER DAN BERKAT DOA DAN KAWAN2 YANG MENGAMINKAN NYE.....

THANKS KWN2, GURU2, FASI2LITATOR, ALAM, DAN BARAKAH DARI ALLAH SWT......

bermula dengan melapor diri pada EN ALI, selaki pensyarah bertugas pada hari itu.....
terus menuju ke kapas island resort. dengan tugasan membersihkan kawasan kubur dan halaman resort........ then, bergerak ke jeti kapas membawa bersama amanah yang kami terima iaitu, EN HAFIZ...... dari jeti teris menuju ke puncak tertinggi pulau kapas.......
perjalanan mengambil masa kira2 2 jam untuk sampai.... dari puncak, kami di beri bearing 180'.....
meredah bukit, tali air, cerun bukit, dan lembah untuk tiba di kawasan yang terlah ditetapkan.... bergerak semula menuju ke teluk berakit dengan keadaan yang agak penat dan bergegaq pala lutut.... kumpulan kami agak ketinggalan pada mulanya dan merupakan kumpulan terakhir sampai di teluk berakit.....
setibanya disana kami dibekalkan dengan biskut dan beberapa botol air mineral.... alhamdulillah, rezki ALLAH dan berlakunya pertukaran amanah iaitu pertukaran EN HAFIZ dengan EN RAZIF...... kami terus bergerak terus menuju ke resort makcik gemuk dan di tugaskan mengemas 4 bilik dan halaman resort, sekali lagi rezki ALLAH tiba tanpa diduga, empunya resort menyediakan kami air manis untuk kami dan beliau berpuas hati dengan tugasan yang kami laksanakan......
seterusnya kami di arahkan bergambar dengan rumah api, dan terus ke tugasan terakhir iaitu kembali ke jeti pulau kapas untuk tugasan yang paling mencabar......
sebagai wakil, kumpulan kami mewakilkan dilla, zaheer, ajoi, fikri, ulya, dan mirul untuk tugasan terakhir..... disini kami dapat memintas satu kumpulan dan juga ditinggalkan satu kumpulan.......
setibanya ditapak berkumpul di harmoni camp site, kumpulan pertama sampai kekurangan barang amanah yang telah diamanahkan...... maka tiba kumpulan kami dihitung satu persatu....
tanpa ada yang tak ada, kami diisytiharkan sebagai JOHAN oleh EN YASIR...... dan pada mulanya saya sendiri tidak percaya kami menang, tapi rezki ALLAH akan berterusan selagi usaha, doa dan tawakal bersama dengan kami...... tak abis disitu, kami terus melapor pada EN ALI dengan memberitahu tiada barangan yang tiada, kecederaan dan cukup ahli kumpulan.....
kami tak lupa untuk mengemas dan menyimpan semula barangan yang telah digunakan.....

so saper menang????
TENTULAH KAMBING POWER.........
BBBEEEKKK........ BBBEEEKKKK........ BBBEEEKKKK.......

*P/S = THANKS KEPADA BRO APIS (EN. HAFIZ ) & BOY ( EN. RAZIF ) YANG BANYAK MEMBANTU KAMI DAN AHLI KUMPULAN YANG BANYAK BAGI SEMANGAT KAT PEN.......... KORANG MEMANG BEST LAH.....