? ??????????????Wolf? ????? ?? ???Rating: 4.5 (346 Ratings)??22 Grabs Today. 28545 Total Grabs. ??????Prev
iew?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????Gir? ????? ?? ???Rating: 4.9 (34 Ratings)??17 Grabs Today. 6621 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Crazy Monke BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday 28 September 2009

KESERABUTAN YANG MAHA AGUNG

dalam dunia yg serba membangun ni, manusia xdapat lari dari masalah dan keserabutan......
aku yg juga bergelar manusia juga dalam keserabutan....
masuk ari nie, tinggal lg sbln je lagi nk final xzam......
so byk yg tak setle lg, dgn assgmnt, presentation, test, camping, xtvt praktikal, mcm2 adaaa.....
ditambah lg la plak dgn xadenye pulus, lg2 la serabut kepala otak nie....
lg kusut dgn assessment third language yg aku amik, bahasa arab......
nk kene wat persembahan, pastu lakonan, presentation biase la, dkt2 nie dah tentu ade test....
tapi bak kate pepatah, alah bisa tegar biasa....
harap2 aku dapat selesai kn masalah nie dgn tabah, cekal dan bersemangat.....
aku disini perlukan sokongan insan ter syg dan juga kwn2.....
harap2 aku dapat hadapi suma nie dgn senyuman....

Tuesday 1 September 2009

MASIH DIJAJAHKAH KITA

MEMETIK SAJAK YANG DISAMPAIKAN IDOL KU,

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

menyelam jangan teguk air


bulan ramadhan dah seminggu......
dalam menahan lapar dan dahaga serta perbuatan yang dapat membatalkan puasa,
tetibe jer teringat mase kecik2 dolu......
mase tu aku darjah 2, mula2 aku blaja pose......
pagi muke ceria jer, pasal bangga dalam kelas aku tu, aku jer yang pose.....
masuk tengah ari, muke dah mcm ayam berak kapur, resah gelisah, tapi control macho, ego tinggi...
kecik2 dah ego tinggi.... kwn2 berlari, aku pun berlari, diorang berkejaran aku pun berkejaran, diorang guling atas pasir, aku pun berguling atas pasir, tapi balik nanti menjawab la dgn mak cik ta (mak aku la tu)......
balik jer terus masuk blik air, cakap kat mak bonda nk mandi, ade la dkt sejam mandi..... kuar jer dah kembung perut..... peh.... rase lega giler......
mak pn tanye, lamenye kamu mandi, berendam ker.....
senyuman jer yg terukir.....
hahaha.... ptg nie bley men bola kat pdg, tenaga pn dah recover, rase mcm dpt suppliment power bar....
tapi balik umah jer aku dpt soalan cepu mas dari mak, kamu xpose ker?
aku pn jwb n pertahan kan benang yg basah dgn jwb, pose la, penat nie.....
pas tu mak aku bwk kuar brg2 bukti yg aku tercicir dlm bilik air......
nie senarai brg buktinye.....
1. 3 plastik choki2
2. 1 bungkus kopok mammy
3. 3 sarung ais krim pop
alamak tertinggal la plak......
kantoi la plak........
tapi tu mase kecik tau, sekarang dah ok dah.......
pose penuh start darjah 4......
tu la yang dapataku kongsi....
salam.....